Posts

Showing posts from August, 2010

Ramadhan 1431 Hijrah

"ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna, agar dapatku lalui dengan sempurna.." sebahagian dari Lirik Lagu Harapan Ramadhan nyanyian oleh kumpulan Raihan terasa menusuk di gegendang telingaku dan menikam di jantung. Setiap kali tiba bulan Ramadhan, aku sering terasa sesuatu yang amat sukar untukku ungkapkan dengan perkataan. Perasaan sedih, terharu berbaur gembira. Sedih kerana teringatkan amalan ku dalam beribadat tersangatlah tidak sempurna. Terharu kerana ALLAH S.W.T masih memberi peluang kepadaku untuk merasai bulan mulia sekali lagi tahun ini dan memberi peluang untuk mencuci semua dosa2 yang aku lakukan. Dan gembira kerana, diwaktu ini, disaat ini, semua saudara seislam berkumpul di masjid2 seluruh negara untuk ber'Terawih' bersama-sama. Pengalamanku yang paling manis sekali dalam bulan Ramadhan ialah solat terawih. Setiap kali imam membacakan surah, setiapkali itu hatiku terasa bagai disentuh oleh sesuatu, adakalanya airmataku mengalir tanpa disedari. Dit