Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1431 Hijrah

Pertama sekali Aku memohon maaf kerana blog Aku ni dah lamer tak update. Almaklumlah, Au terlalu sibuk dengan paperwork yang bapak banyak ni, sehinggakan, blog Aku terabai...kesiann..

Okeylah, syukur alhamdullilah kehadirat Illahi kerana memberi kesempatan untuk Aku mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh muslim dan muslimat walau dimana pun korang berada, termasuklah mereka yang tak masuk blog Aku pun, Aku ucap Selamat!...hehehe

Korang mesti banyak program Raya ni kan, yang jadi mangsa si lembu @ kambing tak pun si unta..dah nama pun Raya Korban, ye tak?..Tapi jangan sampai korang yang terkorban sudahlah..Nauzubillah..Yang balik kampung tu, Berhati2 lah dijalan-raya..Para pemandu2 Bas express, silalah ikuti peraturan yang ditetapkan.ok bro!

Aku Tahun ni, berkemungkinan tak buat Qorban kot, so, Aku tompang makan jelah kat rumah korang..boleh ke? Kire bab makan ni Aku tak berkira..setakat sup 'Gearbox' sebelanga, gulai daging sekuali takda hal munya..(eh eh lebih2 lak) Tetapi, Awas! makan daging lembu dengan kuantiti yang banyak boleh menyebabkan penyakit Buasirr...(betol ke?) korang search lah sendiri k...

Last but not least, Jangan makan daging banyak sangat (Ingat Duniaaa), dan Semoga selamat sampai dan selamat kembali ke destinasi korang!...


Lembu Qurban




Sup Gearbox



*Sup Gearbox = Sup sumsum tulang (kadang2 depa taruk nama sup gearbox LSD Full Lock, kadang2 sup gearbox Lori la Bas laaa...hahaha..x leh blah lah weii....hahaha)

Comments

Popular posts from this blog

Transformasi blog