Sarapan pagi dengan laksey a.k.a laksam dengan kuah ikan

Bila sarapan pagi dihidangkan makanan tradisional, terasa seperti mengimbau kenangan remaja atau kenangan zaman kanak-kanak. Suapan demi suapan sampai licin pinggan. Laksam? kuah ikan pekat-pekat? taugeh, hirisan bunga kesum? hirisan sayur kacang panjang? sambal pedas? ok lepas makan dah macam mabuk ketum.

Dan menu ini bukan sahaja terkenal di pantai timur, malah kebanyakkan tempat di Malaysia. Barang asas membuat laksa laksam nampak macam simple, tepung beras je kot. Ok, cubalah buat sendiri.
Kuah laksam? Ikan dileraikan isinya dan direbus. Oklah, tak kisahlah macamana buat, janji rasanya sedap kannnn...




Comments

Popular posts from this blog

Transformasi blog